Pilih Tarikh Untuk Tempahan

Thursday 26 May 2011

Double Mini....

Salam...
Ni order dari Hasmi... ex-schoolmate adik saya. Hasmi order 100pcs apam polkadot..katanya nak bagi anak2 nya makan. Mesti anak2 Hasmi suke ni tgk apam kecik2 warna warni ni =)


Hasmi order jugak 49pcs choc moist mini cuppies dengan frosting buttercream... Ni untuk belanja kawan-kawan team dia... okeh ada 44 nama saya kena tulis atas kek ni.. Tapi saya enjoy sangat sbb sangat la senang deko nya...hihihi. Tapi sorry sangat pasa Hasmi sebab tak dapat nak lukis bendera bermuda..masalah teknikal..hihihi...



Anyway, thanks a lot ya Hasmi!


Raikan Cinta 3th

Salam....
Happy Anniversary kepada En. Epi & Pn. Intan. Semoga berkekalan hingga ke akhirnya =) Pn Intan ni la first customer saya. Kek first yang dia tempah pun sempena anniversary mereka yang pertama dulu....
.
Pn. Intan order 2 set cupcakes untuk surprise husband beliau....


49 pcs of mini cupcakes....



16 pcs M saiz cupcakes.... deko dengan fondant...ke figurine eh? hihihi... 
Anyway thanks a lot ya!


Tuesday 17 May 2011

Apam Polkadot...

Salam...
Alhamdulillah... percubaan pertama yang berjaya! Suami kata, boleh la amik order =)

Apam dengan filling blueberry.. ni gambar2 awal...so, fillingnya saya letak sikit je sbb takut x jadi. Tapi lepas2 tu, saya letak filling banyak.. baru la sedap kan!

On the way nak dikukus... purlpe tu perisa blueberry, pink perisa strawberry... ada satu lagi kaler hijau untuk perisa kaya...

Lepas kukus lebih kurang 15 minit..inilah hasilnya.. teruja betul saya sebab berjaya buat apam polkadot yang tomey tomey nih... Anak2 lagi la excited.. suami pun senyum2 suka tengok kecomelannya...

Geram tengok warna warni apam nih...

Sekali tengok macam mushroom dalam cite kartun,kan?

Isi dalam.... nampak sedap tak?

Ni budak tomey yang tak sabar2 nak makan apam... selagi tak bagi, selagi tu merengek.. si adik pun sama... bila dah dapat sebiji, ber biji2 lagi dia nak...hihihi.. anak2 suka, mama hepi kan.

Nyam! Safi tunjuk demo cara makan apam polkadot mama...

Aummm! macam ni makan dengan sopan okey!

Tadaaa.... nampak tak filing strawberry tu?

Muat2 je masuk bekas kecik ni...

Boleh je kalo ada yang request nak dalam bentuk macam ni.. sesuai sangat nak buat goodies, door gift, etc2.... Nanti saya update harga2 untuk apam ni ye..... =)
~
Apam ni boleh tahan 4 hari pada suhu bilik. Kalau simpan dalam peti, lagi tahan lama..tapi mungkin keras sikit la..tapi bila kukus semula, dia akan lembut.


Kek Untuk Adinda...

Salam...
Last time saya try wat cupcake carrot kan... kek2 tu semua dah selamat dimakan oleh famili saya di Pahang..so, diorg sempat request lagi suh saya buat lagi kek ni. Seronok kan, bila orang request lagi ni... So, smlm saya buat lagi kek ni... kebetulan mak ayah datang ke rumah sbb nak amik motor adik...


Sebelum di bakar.... sempat lagi asingkan 4 biji kapkek untuk kawan2 ofis...


Sejukkan atas redai...


Teksture dalam kek... kali ni saya ubah sikit resipinya... so, akan rasa lebih pada carrot dan walnut. Masih ada cinnamon, dan tambah pulak nutmeg... suami kata, lebih sedap dari first time buat tu... =)


Cupcake untuk 3 orang ofismate saya... harap2 diorang suka ye... dan macam biasa, kek carrot sangat serasi dengan cream cheese...


Deko yang x berapa kemas... sbb jarang2 buat kek besar. Saya blum g mana2 kelas deko kek. So, ala kadar je lah deko nya =)


Harap adik2 saya hepi dapat kek ni ye... boleh makan puas2 sbb kek besar... =)


Dah selamat sampai Pahang kek ni malam tadi....

Nak order? email @ mylittlebakes@gmail.com


First Timer Carrot Walnut...

Salam...

Hari tu, saje la try2 buat cupcake flavor carrot walnut. mcm teringin je nak makan. Sambil2 tu nak mencuba tambah2 menu untuk order...takde la perisa sama je kan... Alhamdulillah, menjadi. Ramai yang suka...esp my famili la. Suami saya yang x suka carrot walnut pun suka makan... =)
.
.
Kek ni mengandungi parutan carrot merah, kacang walnut, dan topping dengan cream cheese... very sedap okeh =p


So, if ada siapa2 nak order, boleh emailkan kepada saya di mylittlebakes@gmail.com ya. Takpun, sms @ call saya 012-3453316. =)


Thursday 5 May 2011

Happy Birthday Hanafi

Salam...

Set ni di order oleh Jimmy... sempena birthday sepupunya... Jimmy minta tema liverpool. Tak sempat nak cari edible image sbb last minit order. Sorry ya Jimmy, lukisan akak x cantik.. dah lama x deko kepkek..huhuhu.. warna pun kurang menarik...tatau la nape. Dah dekat setengah botol letak warna.. warna merah x mau jugak pekat =(






Anyway, thanks ya.. harap2 Jimmy puas hati dan sepupunya yang peminat Liverpool pun suka. =)



Tuesday 3 May 2011

Surprise For Husband =)

Salam....

Dah puas tengok gambar order lama2 kan? Dah setahun lebih saya perap gambar2 tu dalam pc... =P. So, ni latest order saya. Baru je deliver pagi tadi.. 4 Mei 2011 kepada Kak Sha. Awalnya saya mmg malas nak amik order.. tapi kak sha sungguh2 nak special request... oklah. Saya pun dah lama x buat kapkek... rindu pula. So, saje la try amik order ni kot2 saya terbuka hati nak teruskan bisnes kek mcm dulu2...








Alhamdulillah.. berjaya siapkan 2 box of 49pcs choc moist cupcake + buttercream + edible image tema Manchester United. Cabaran kali ini ialah semua kedai kehabisan stok krimwell. Adoi.. Ni untuk surprised birthday husband kak sha.. harap2 beliau puas hati =) Thanks Kak Sha!



p/s : Sape2 nak order kapkek, selewat2nya 3 hari sebelum pick up ya. Paling afdal.. order seminggu lebih awal okeh. =)


Messy-messy

Salam...

Sekali lagi Puan Hajjah order mini cupcake... tapi.... teruknya saya ni! Bila dah siap susun, amik gambar baru perasan betapa berteraburnya susunan kek ni... nak cepat punya pasal. ish, ish, ish....





Anyway, thanks ye Puan Hajjah... sorry for da messy messy... =P


Azura & Nizam

Salam...

Tak ingat ni order tahun bila =P samaada hujung 2009 atau pun awal tahun 2011. Lupa dah. Set ni untuk hantaran...







Thanks ya...


Konvo adik!

Salam...

Puan Aishah order set ni untuk adiknya yang konvo... congrats ye...







Thanks Puan Aishah =)


Cupcakes Untuk Nursery...

Salam....

Set ni, Puan Intan yang order =)

Order pertama pada tahun ini... 2011.



Puan Intan nak jamu kawan2 dan cikgu Hasya.... sweet kan. Anyway, Thanks dear!